Chatroll UtaraFM

Master Chatroll (www.utarafm.net)
Untuk memenangi hadiah bonus dalam peraduan anugerah pengunjung setia chatroll 2012 gunakanlah nama dan gambar yang betul. Hadiah lumayan bulanan sedang menanti anda!!! Selamat berchatting!

Monday 14 May 2012

Transformasi UtaraFM Fasa ke II


UtaraFM sedang dalam proses untuk memasuki fasa ke II program transformasinya. Antara program-program yang akan  dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut :-

1. Menyusun semula Jawatankuasa Pengurusan,   Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit UtaraFM

2. Membahagikan para penyampai kepada lima kumpulan untuk bersaing sesama sendiri ( Tahap 1 -  teknik, kefahaman sistem, kreativiti, kesesuaian lagu mengikut segmen dan pengendalian radio )

3. Meningkatkan lagi imej dan identiti korporat melalui pengiklanan nama, logo dan ciri-ciri visual organasasi.

4. Meneruskan siaran percubaan melalui frekuensi di setiap daerah untuk memastikan kekosongan slot dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk permohonan dan kelulusan lesen penyiaran UtaraFM.

5. Akan mengaktifkan semula aktiviti-aktiviti, peraduan-peraduan dan program-program yang telah dirancang pada tahun 2011.

6. Akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, stesen stesen radio berfrekuensi dan online.

7. Mengadakan seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan dunia penyiaran khas untuk para penyampai UtaraFM

8. Insentif dan imbuhan akan diberikan kepada semua para penyampai UtaraFM yang layak. Tertakluk kepada syarat-syarat serta terma yang telah ditetapkan dan juga komitmen yang ditunjukan.


Ahli-Ahli Lembaga Penasihat UtaraFM


Penaung :- Dato Haji Dr Janathan Kandok
Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pengasas )
Encik Androd Sadian
Encik Mohd Khairul Abdullah
Encik Illie Jaymond
Encik Nordin Thani

Jawatankuasa Pengurusan


Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pemasaran, Promosi dan ICT )
Encik Mohd Khairul Abdullah ( Pengurusan dan Pemantauan )
Encik Illie Jaymond ( Unit Siaran Luar dan Kawalan Rancangan )
Encik Nordin Thani ( Unit Khas, Operasi, Teknikal dan Produksi )
Encik Denny Tsen ( Ketua Penyampai dan Hal Ehwal Semasa )

Ketua-Ketua Bahagian dan Unit


Ketua Penyampai :- DJ Siiputt
Penolong I :- DJ Kupang
Penolong II :- DJ LM

Kumpulan Penyampai dan  Jemputan


Kumpulan A :- DJ Siiputt ( ketua ), DJ Batman dan DJ Pocoyo

Kumpulan B :- DJ Kupang ( ketua ), DJ Yann dan DJ Awg Kimanis

Kumpulan C :- DJ Zack ( ketua ), DJ LM dan DJ Lady

Kumpulan D :- DJ Isadee ( ketua ), DJ Oyen dan DJ Jinnakal

Kumpulan E :- DJ Mamik ( ketua ) dan DJ Jinmanis

Kumpulan Khas / Jawatankuasa Pengurusan  :- DJ Rumput, DJ MKA, DJ Lugu dan Nordin



BIODATA JAWATANKUASA PENGURUSAN


DJ RUMPUTT
                                                                                          
DJ  MKA

DJ MKA atau nama sebenarnya Mohd. Khairul Abdullah mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm dan antara penyampai yang paling terawal selepas tertubuhnya radio online ini atau dengan nama asalnya adalah PONETFM dan ketika ini nama UtaraFM telah digunakan untuk mengkomersialkan lagi nama dan mutu siaran pada masa itu. Sebagai penyampai segmen permintaan lagu melalui Chatroom Ponet FM sejak 2007 dan kini mengendalikan Unit Khas. Berasal dari Kudat, antara kegemarannya adalah bermain bola tampar.



                                 
DJ LUGU

NORDIN
Nordin Thani mempunyai pengalaman hampir lima belas tahun dalam bidang penyiaran. Beliau pernah bertugas sebagai seorang juruhebah dan penerbit rancangan di RTM Kota Kinabalu pada akhir tahun 70an. Antara rancangan yang diterbitkan beliau ialah " Mari Ke Pesta " siaran langsung setiap hari ahad dari Taman Prince Philip, Tanjung Aru. Pengalaman yang diperolehi beliau semasa di BBC Radio World Service London, CNN dan Sky TV boleh membantu UtaraFM untuk mencapai cita-citanya sebagai radio online yang mantap dan berfrekuensi di Sabah. Beliau juga adalah  seorang pakar dalam bidang Gelombang Elektromagnet Mikro, mereka bentuk SMATV, TVRO, pemasangan sistem satelit jalur tetap dan ku band. Pernah berkhidmat dengan Hammersmith and Fulham council, London dengan kerjasama Department of Employment and Manpower Service Commission UK dalam program "Instant Muscle" untuk melatih dan mengajar para belia untuk menjadi seorang profesional dalam pemasangan cable dan satelit TV.


BIODATA PENYAMPAI KUMPULAN A    ( Ketua DJ Siiputt )


DJ SIIPUTT

DJ SIIPUTT atau nama sebenarnya Mohd Denny Tsen adalah antara penyampai yang paling awal menyertai UtaraFM selepas tertubuhnya radio online ini. ( nama asal  UtaraFM - PonetFM )  Sebagai penyampai segmen permintaan lagu melalui panggilan telefon sejak 2007, beliau kini mengandalikan segmen “JOM MINTA JOM DENGAR”. Berbintang Pisces beliau dilahirkan pada tahun 1982. Berasal dari Kg Salimpodon Laut, Pitas antara kegemarannya adalah bermain badminton, futsal dan memancing. 
Pengalaman beliau dalam bidang penyiaran sejak tahun 1997 boleh membantu segala perancangan UtaraFM untuk menjadi sebuah stesen radio swasta milik Sabahan yg pertama di Sabah. 
Beliau pernah berkerja sebagi editor movie dengan syarikat Skyline Sdn Bhd dan Bayo Pitures Sdn Bhd. Antara telemovie dan klip video yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah  CINTA ITU ANUGERAH (Telemovie), ESTER ESTERA ( Telemovie), KOPOSIZON (Telemovie), RONN LANGAD (Klip Video), S.WELLY (Klip Video) dan juga beberapa buah klip video khas untuk iklan.
Selain daripada penyampai radio di UtaraFM, beliau juga adalah seorang ahli perniagaan dan Ketua Penyampai yang baru dilantik.


BIODATA PENYAMPAI KUMPULAN B    ( Ketua DJ Kupang )




DJ KUPANG

DJ YANN

DJ AWANG KIMANIS

BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN C   ( Ketua DJ Zack  )



DJ ZACK
DJ ZACK atau nama sebenarnya Ahmad Zaki@zack bin Jamilan mula menjadi penyampai secara sukarela di Utarafm pada 2011 dan sebagai penyampai segmen luahan hati di utarafm. Berbintang Gemini beliau di lahirkan pada 3 Jun 1977. Berasal dari Kg Rampayan Menggatal, gemar menyanyi di karaoke dan suka juga bermain game lumba kuda ... 
Pengalaman beliau dalam bidang penyiaran.pernah menjadi penyampai di SMK Likas (ahli club radio sekolah) dan pernah belajar di akademi TV3 sebagai penyampai dan penerbit ( tidak abis belajar )
Beliau mengharapkan agar suatu hari nanti UtaraFM akan menjadi sebuah stesen radio berfrekuensi swasta yang pertama di negeri sabah yang di kendalikan oleh anak jati Sabah. 

DJ  LM


DJ LM atau nama sebenar Jalimik Sawatan, pertama kali melibatkan diri dengan radio online utarafm pada pertengahan tahun 2008 sehingga kini. Dilahirkan pada tahun 1974. Penyampai berbintang Taurus, berasal daripada Kg. Tingkalanon. Tandek, Kota Marudu. Gemar menulis cerpen dan puisi dan beberapa kali terlibat dalam program seni seperti Puisi Untuk Gaza anjuran DBP Sabah, pengiat Teater tahun 90-an..
Seorang yang suka aktiviti mencabar, membaca, gemar bersantai bersama rakan. Pernah mengendalikan 2 segmen. Segmen yang masih aktif ialah SEGMEN Utarafm:TEMAN EMOSI ANDA yang mengupas mengenai isu-isu kemanusiaan. Satu lagi segmen ialah Segmen MISTERI DI AMBANG UTARA yang menyentuh secara sederhana mengenai peristiwa-peristiwa mistik, alam ghaib dan koleksi cerita-cerita menyeramkan. Segmen ini sekali sekala dikeudarakan.
Secara peribadi, mengharapkan agar Radio Online Utarafm berjaya menjadi sebuah stesen radio yang berjaya di Sabah.



DJ LADY
DJ LADY atau nama sebenar Nur Syafiqah Mariana Majinau, berbintang Leo ini di lahirkan pada 17hb Ogos , berasal dari Tandek, Kota Marudu, gemar mendengar lagu dan melayari internet, mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm pada tahun 2011, dan segmen yang dikendalikan ialah segmen Info2, petua2 atau tips bersama Dj Lady.
Pengalaman dalam pengacaraan cuma semasa di peringkat sekolah dan kampung sahaja. Pernah berkerja sebagai pembantu akaun di Indah Water Konsortium Kuala Lumpur dan selepas itu bekerja di firma guaman di Kuala Lumpur hampir 8 tahun sebagai legal secretary (Conveyancing matter), dan apabila memutuskan balik ke Sabah berkerja sendiri.
Harapan semoga saya dapat menjadi salah seorang penyampai yang boleh memberi kerjasama dan membantu menaikkan nama Utarafm sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, memandangkan Utarafm sekarang sedang dalam transformasi saya juga mengharapkan supaya Utarafm akan terus maju dan berjaya sehingga menjadi perintis kepada radio swasta yang pertama di Sabah. Semoga radio online sabahan Utarafm ini berjaya… Macam biasa juga bah.


BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN D ( Ketua DJ Isadee )

DJ ISADEE
DJ IS ADEE atau nama sebenarnya Isnadi Bin Awang mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm sebagai penyampai Segmen Rock Steady Utarafm sejak tahun 2010. Berbintang Capricon dilahirkan pada 03 Januari 1980 gemar bersukan serta minat mendengar radio.

Beliau mempunyai pengalaman menjadi pengacara majlis atau emcee di jabatan tempat beliau bertugas dan juga terlibat dalam pengacaraan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh jabatan.

Sebelum ini beliau adalah merupakan pendengar setia Utarafm sebelum ditawarkan untuk menjadi salah seorang penyampai.

Beliau berharap agar Utarafm akan menjadi sebuah Radio Online yang terkenal di Malaysia. Semestinya, seiring dengan rakan-rakan penyampai Utarafm yang lain, beliau meletakkan impiannya supaya Utarafm akan menjadi sebuah Radio Swasta yang  dikenali di seluruh pelusuk dunia suatu hari nanti.



DJ OYEN
DJ OYEN atau nama sebenarnya Rozalynne Harry Maul mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm sebagai penyampai segmen Lagu-lagu Hits & Terkini sejak April 2011. Berbintang Cancer dan di lahirkan pada Julai 1991. Berasal dari Linsuk,Tenghilan sangat gemar melayari internet dan menyanyi.
Mempunyai pengalaman menjadi pengacara majlis atau emcee sejak di bangku sekolah lagi dan juga terlibat dalam pengacaraan di mana-mana majlis keramaian di kampung-kampung.
Sebelum ini pernah bertugas di Radio Atas Talian sama seperti Utara.FM iaitu di Radio Online OKBah.FM sebagai penyampai sebelum ditawarkan menjadi salah seorang penyampai di Utara.FM.
Meletakkan impian dan harapan untuk menjadi salah seorang Penyampai yang professional di dalam atau diluar Utara.FM serta mengharapkan agar Utara.FM akan maju ke depan berbekalkan Transformasi yang dilakukan..Macam Biasa Juga Bah !!



DJ JINNAKAL merupakan nama yang digunakan dalam radio online utarafm.Tentu masih ada lagi yang tertanya-tanya siapakah beliau sebenarnya? Nama sebenarnya ialah Mohd.Rizlan Masalan Bin Abdullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1987 dan berbintangkan Sagaitirus.Beliau mula menjadi penyampai di utarafm pada tahun 2010 dan segmen yang akan dikendalikan olehnya ialah Segmen Santai "Lagu-lagu borneo" iaitu pada satiap hari ahad dari jam 2-4 petang dan " Santai Joget Utarafm" pada hari sabtu jam12-2pm.
Beliau mula membabitkan diri dalam dunia penyiaran ini pada tahun 2010 yang mana pada mulanya beliau telah menubuhkan sebuah radio online yang dinamakan Korutfm "Aramaite". Beliau juga pernah menjadi penyampai di radio onlineSapsaifm.
Beliau berharap agar Utarafm akan menjadi salah sebuah radio online yang mampu berdaya saing dengan radio-radio konvensional dan terus mengorak langkah untuk menjadi radio online yang terbaik di mata masyarakat. 



BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN E  ( Ketua DJ Mamik )


DJ MAMIK
DJ MAMIK berbintang aries ini berasal dari Kg Masalog, Kota Marudu. Mula mendj di UtaraFM pada tahun 2009. Selain meluangkan masa untuk menjadi penyampai di UtaraFM, beliau juga sering kali di jemput untuk menjadi Master of Ceremony  ( MC ) di majlis-majlis rasmi anjuran agensi kerajaan dan  majlis perkahwinan di sekitar daerah Kota Marudu. Segmen yang dikendalikan oleh beliau ialah " yoyoooooooo lulussssssss saja " yang biasanya ke udara di sebelah pagi atau petang kecuali pada hari cuti umum. Hasrat beliau adalah untuk menjadi seorang penyampai radio yang berkesan disamping dapat menghiburkan para pendengar dan peminat beliau. 

DJ JINMANIS
DJ JINMANIS atau nama sebenarnya Noorshikin Binti Hamzah berbintang sagittarius di lahirkan di Kampung Pengalat Besar pada tahun 1985. Mula mendj di UtaraFM pada 9 Mei 2011. Segmen DJ Jinmanis yang sangat popular di kalangan orang-orang yang sedang bercinta ke udara di sebelah pagi ia itu segmen CINTA CINTA CINTA yang mengupas tentang kehidupan dalam dunia percintaan tidak kira yang sudah berumahtangga atau masih menjadi pasangan kekasih.  Bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Kota Kinabalu, hobi atau kegemarannya adalah bermain bowling, melayari internet dan bermain game secara beronline dengan rakan-rakan. Pernah dilantik menjadi penolong pengerusi bagi program jelajah UtaraFM bersama pendengar bagi kawasan Papar mengharapkan agar program ini dapat diteruskan oleh pihak pengurusan. Harapan DJ Jinmanis agar UtaraFM dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi stesen swasta pertama milik penuh anak jati Sabah dan disokong oleh masyarakat serta industri musik Sabah kerana matlamat atau tujuan asal radio online UtaraFM ini ditubuhkan adalah untuk mempromosikan artis-artis Sabah ke peringkat lebih tinggi lagi setaraf dengan artis-artis popular tanah air.