Chatroll UtaraFM

Master Chatroll (www.utarafm.net)
Untuk memenangi hadiah bonus dalam peraduan anugerah pengunjung setia chatroll 2012 gunakanlah nama dan gambar yang betul. Hadiah lumayan bulanan sedang menanti anda!!! Selamat berchatting!

Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum. Salam Aidil Fitri Minal Aidin Wal Fa Izin. Maaf Zahir Dan Batin. Admin

Tuesday 1 July 2014

Program Consumers Front of Sabah ( cfos ) – Fasa I 2014

CFOS advert 2

Program Consumers Front of Sabah atau cfos sempena dengan Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna ( Fasa I ) telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah daerah baru-baru ini. Kesemua program tersebut telah disiarkan secara “ LIVE” oleh radio rasmi online cfos Utara FM.

Selain membawa kesemua program itu secara langsung untuk para pendengar yang tidak berkesempatan ke lokasi yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Cfos, satu segmen kuiz pengguna juga telah diadakan yang dikendalikan oleh DJ Kupang dan DJ Azz. Walaupun sambutan agak dingin sedikit tetapi ianya telah berjaya menyampaikan beberapa maklumat penting mengenai dengan isu-isu semasa kepenggunaan kepada pendengar yang mengikuti waktu siaran tersebut.

cfos kuiz pengguna advert

Segmen khas “ Pengguna Bijak “ juga telah diadakan seperti yang tertera dalam iklan di bawah ini.

KUIZ RADIO ADVERT

Satu lagi program cfos yang baru diperkenalkan dan telah diadakan di Kg Ladang Lumadan Beaufort ialah “ Bakat Pengguna” Para pemantau program cfos berpendapat program ini harus diberi perhatian dan kerap kali diadakan sebab selain berhibur para peserta juga diuji tentang hal-hal yang berkaitan dengan kepenggunaan selain dapat menarik golongan belia untuk menghadiri program seumpama ini.

Cfos berkemungkinan besar akan mengadakan dan membawa program ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi ia itu ke peringkat negeri. Perbincangan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) sedang berlangsung mengenai dengan perkara ini termasuklah juga program kuiz pengguna peringkat negeri khas untuk ahli-ahli kelab pengguna sekolah menengah seluruh Sabah.

advert LUMADAN karaoke

Program Bakat Pengguna dianjurkan dengan kerjasama Kelab Pendengar & Peminat Setia Utara FM Sabah ( KPPSUS ) dan Pergerakan Wanita UMNO P178 Sipitang.

KPPSUS telah diwakili oleh DJ Kathy, Haron dan Puan Cicelia Jack sebagai juri pertandingan pada malam itu. Manakala, DJ Kupang mengandalikan siaran langsung, merakam persembahan untuk dijadikan bahan Utara FM ( siaran tertunda/auto dj ) dan mengambil gambar untuk dimuatkan dalam media sosial yang ada kaitan dengan Utara FM dan Cfos.

Gambar kenangan AJK penganjur selepas program diadakan.